Sunday, 1 April 2012

Kaedah Penyelesaian Masalah

" Trouble is a friend , no matter where you are " petikan lagu Lenka yang bertajuk Trouble Is A friend . Sememangnya kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari masalah . Kita juga tidak boleh lari dari masalah , satu-satu nya jalan menghilangkan masalah ialah menyelesaikan masalah . Jadi , kita sebagai manusia yang tidak pernah lari dari masalah perlulah mempunyai sifat motivasi diri yang kuat , trait yang positif , jati diri dan membina  kemahiran diri . Masalah juga terbahagi kepada bahagiannya tersendiri iaitu ; misteri yang mana satu situasi yang menyeleweng dari biasa . Selain itu , tugasan juga dikelaskan sebagai sebahagian daripada bahagian masalah yang mana kita sendiri sebagai pelajar mengalami masalah ini . Kesukaran (Difficulties) juga adalah bahagian masalah yang mana ia terbahagi kepada dua iaitu , subjektif dan objektif . Subjektif disini ditekan kan kepada sifat-sifat negatif yang ada pada seseorang individu manakala kesukaran objektif pula ialah perkara yang menghalang kemahiran yang berada di luar individu seperti ilmu pengetahuan dan motivasi .Selain itu peluang dan tidak pasti juga dikelaskan sebagai bahagian masalah . Bahagian masalah yang terakhir adalah dilema yang mana sering dialami oleh setiap individu .

MODEL MENYELESAIKAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Yang pertama ialah ; Mendifinisikan masalah
      - mendifinisikan masalah dengan betul adalah penting kerana penyelesaian yang diusahakan pasti tidak         dapat membawa kesan seperti diharapkan .

Mengkelaskan masalah
     - berdasarkan pada tinggi atau rendahnya risiko tiap-tiap masalah.

Tentukan objektif
     - objektif yang hendak dicapai perlulah jelas, mudah difahami dan praktikal .

Tentukan ukuran kejayaan
     - menentukan standard atau piawaian yang menjadi pengukur kejayaan dalam penyelesaian masalah .

Kutipan data
    - semua faktor yang menjadi punca masalah perlulah dikumpul .

Membuat keputusan
    - pendekatan yang paling baik ialah mendapat consensus daripada semua staff di dalam memilih pilihan untuk dilaksanakan .

Melaksanakam keputusan yang diambil
    - walaupun kelihatan mudah , tetapi orang yang melaksanakan keputusan harus mengambil [erhatian kepada perkara teliti sperti kyakinan dan kesungguhan .

   PENYELESAIAN SECARA SAINTIFIK

1. Mengadakan Hipotesis
   - hipotesis adalah penggerak kepada pengenalpastian masalah .
2.Mengumpul maklumat
  - sebagai data atau maklumat kepada masalah .
3.Membuat kesimpulan
   - setelah data dikumpul , membuat kesimpulan adalah langkah seterusnya .
4.Penyelesaian secara kreatif
  - mencari cara-cara baru untuk mentafsir semula masalah yang kita hadapi .

PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN

i)kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii)kebolehan dalam pengurusan emosi
iii)kebolehan meningkatkan motivasi
iv)kebolehan mengenalpasti emosi orang lain
v)kebolehan menjalin persaudaraan

PENYELESAIAN SECARA ISLAM
 pendekatan hukum :bersifat rasional dan intelektual .
 pendekatan sufi :bersifat moral dan spiritual .